Sunday, November 8, 2009

coretan dua jiwa satu suara

jari jemari memulakan langkah mengatur bicara..
pabila hati mula berkata, luahkanlah apa yang dirasa.. maka terciptalah satu coretan yang membawa kisah dua jiwa satu suara.. hadirnya bukan untuk menagih simpati tetapi sekadar untuk berkongsi luahan rasa dalam jiwa..
tarikh keramat 30 Jun merupakan pertemuan dua jiwa satu suara.. pertemuan yang tercipta merupakan perkara terindah dalam hidup kami di mana bertemu ketika kami merasai kesakitan yang sama...
ikatan hati daripada seorang kawan berubah menjadi seorang sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang walaupun ianya merupakan langkah pertama kami di sini...pemikiran yang berlainan tidak menghalang kami membina sebuah persahabatan seindah pelangi.. yang mempunyai pelbagai warna seperti hidup kami yang terkandung pelbagai rasa dan pelbagai cerita...
coretan hati ini berkisahkan dua jiwa satu suara yang berkongsi rahsia yang sama...kini terluah dalam MENDUNG BERARAK MENTARI MENANTI....

No comments:

Post a Comment