Monday, November 9, 2009

Wanita, Akal Senipis Rambutnya..


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.. Tanpa mereka, perasaan, fikiran lelaki akan resah.. Masih mencari walaupun ada segalanya.. apa yang tiada di syurga?? namun Adam tetap ingatkan Hawa.. dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus??

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allahkerana mereka diciptakan sedemikian rupa oleh-Nya.. didiklah mereka dengan panduannya, jangan cuba jinakkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka akan liat dan derita.. kenalkan mereka dengan Allah, zat yang kekal, di situ punca kekuatan dunia..

AKAL SENIPIS RAMBUTNYA.. tebalkan dengan ilmu.. hati serapuh kaca.. kuatkanlah ia dengan imam.. perasaan selembut sutera.. hiasilah dengan akhlah.. suburkanlah.. kerana daripada itulah nanti mereka melihat nilaian keadilan tuhan.. bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan, bukan diskriminasi tuhan.. sebaliknya itulah kasih sayang-Nya..

Oleh itu jinakkanlah dirimu kepada Allah, agar jinaklah orang di bawahmu.. jangan harapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra jika diri tidak sehebat Saidina Ali Karamullah..

-AKAL SENIPIS RAMBUTNYA-

2 comments:

  1. salam.. article ni pena sye bce n dikirimkan oley seseorag yg jernih hatinya memandang wanita kesayangannya... n sejak itu.. sye memahami siratan dambaan lelaki terhadap wanita pujaannya...

    ReplyDelete
  2. wsalam...

    mmg artikel ni boleh membuat kita mghargai seorang wanita....tetapi bernilaikah hidup seorang wanita di mata seorang insan yang bernama lelaki..KINI???

    ReplyDelete